Sunday, February 24, 2008

Tidak berjaya juga

12.33 A.M Patutnya tidur awal, harus tidur awal, "kau jangan chat malam ni", warning seorang kawan petang tadi dengan harapan esoknya akan bersemangat menyiapkan diri untuk perjalanan jauh. Oh, maaf, saya sudah cuba, tapi masih gagal!!! Jam 11.00 PM lagi sudah bersiap-siap untuk beradu, sempat terlelap untuk beberapa saat, tapi kemudiannya resah kembali. Jam 12.00 AM, mengirim pesanan hari lahir pada seorang teman gila, semoga encik mendapatkan kebahagiaan dan kesihatan selalu, encik memang seorang kawan yang baik, dengarnya ada kerja luar pula di waktu begini, kasihan amat kamu ya encik. Hei, hei, kepala sudah berdenyut, tadi sore bersiar-siar di bandar depresi, juga meneman orang membeli hadiah seperti hari-hari sudah, tapi kali ini nampaknya membuahkan hasil. Ada juga melirik sekeliling, mana tahu berjumpa teman-teman lama, tapi nampaknya tiada seorang pun. Malam semalam terjumpa sekumpulan rakan lama yang bertugas di pusat membeli-belah terkemuka (di kajang, ingat, kajang!). Oh agak gembira mereka dan saya, mereka menahan agar tidak pulang bagi berjumpa antara rakan terakrab untuk beberapa tahun awal di sekolah menengah, berbalas senyum dan sedikit cerita sebelum berpisah, masih kaget mungkin. Awal malam, emosi di hujung tanduk mendengar tangisan yang membingitkan dari orang yang mengaku depresi, hei hei, runsing amat. Tidak, jangan salah faham, saya bukan tidak suka engkau menangis, itu hak engkau lah, mahu bersandar di bahu saya, lantas dipeluk dan dicium juga mungkin boleh (errrr, sungguh saya tak jujur), tapi biarlah bertempat, saya memang lemah dengan kerunsingan, maafkan saya. Ada senarai panjang akan peraturan hidup baru, entah apalah itu, kemudian ada satu gambaran yang sama tentang orang itu, entah kenapalah mesti begitu, yalah, sudah letih ini, tapi bagaimana mahu seperti kamu-kamu semua, indah diulit mimpi? Minum dulu lah.

No comments: