Sunday, February 24, 2008

Kenapa harus saya persoalkan?

kenapa saya mesti cakap "kita tiada sebarang kawan sebenar" sedangkan saya masih berkawan? kenapa saya mesti cakap "saya tidak peduli" sedangkan saya masih ambil tahu?kenapa saya berkata itu dan ini?kenapa saya berbuat begitu dan begini?

kenapa kawan bukan sahabat? kerana cuba kau lihat ke dalam anak mata mereka, kau kaji apa yang terkandung di situ. adakah mereka seperti dipaksa atau terpaksa melayan?atau mereka bersikap persendirian?atau mereka berniat halus mencari sesuatu?atau mereka hanya mahu mengisi kekosongan hati yang lara?atau mereka mahu bersuka-ria tanpa motif?atau mereka tersilap arah?atau apa?atau apa-apa?atau ada apa denganmu?

saya mana tahu niat kau itu. saya tidak tahu. saya mana tahu. saya tidak tahu. mana saya tahu. tidak tahu saya. mana saya tahu. tidak tahu saya.

percaya pun tidak semestinya seratus-peratus kerana saya tidak akan terleka. manis pun tidak semestinya mencucuk sampai ke dalam kerana saya akan selalu berjaga. buatlah apa yang kau rasa mahu, saya masih ada kaki sendiri, duduk seorang pun tak apa, asal saya tahu bagaimana nak memandu kapal ini secara solo.

ingat jangan cuba bermain dengan permata saya kerana kau akan tahu bagaimana rasanya tersungkur nanti. ingat jangan merasa takut pada saya kerana kau tahu saya bagaimana. tapi saya menghargai dan tidak harapkan apa-apa balasan.

saya tidak tahu adakah ini satu obsesi atau yang sebenar? saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran kau. dan kalau boleh jangan beritahu saya. biarkan ia berlalu macam angin yang tak berhaluan.

eh, saya tidak sepatutnya ada di sini. mata saya patut harus dituju pada nota-nota bertulisan besar di sebelah window sana. tapi saya merasa 'stress' kononnya. coklat tiada, jawabnya menulislah. esok peperiksaan akan tamat jadi saya tak perlu memesej sesiapa meminta coklat lagi.

la..bila kamu mahu hantar coklat? pagi ini pukul 5.55 bolehkah? ya, kamu tahu saya tak mean it langsung pun. sama macam kamu tak mean it langsung pun membuat tawaran itu. kes ini mudah saja, belajar untuk tidak mengharapkan apa-apa dari sesiapa walau hanya untuk perkara yang kecil. juga belajar mengenal "siapa kamu?" "siapa saya?" dan "di mana letak duduk saya ini?". harus selalu sedar diri.

jadi tidak akan keluar rasa "kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi" :D

baiklah mak, saya turun sekarang. janganlah cucuk belakang saya. kenapa kata saya tengkorak bergerak? saya sudah makan banyak. baik, baik, saya berhenti.

No comments: