Sunday, February 24, 2008

Keanehan

Aku tidak boleh sama sekali menasihatkan kau kerana kita berbeza gaya mahupun cara. Lagipula aku ini bukan sesiapa. Lagi-lagi jika ia berkait hati. Aku tak mahu tersalah kata, buruk padahnya. Aku bukan sekali ini mendengar kau, hari ini sekali lagi kau bagaikan tercari-cari arah, cubaan berlagak seperti tiada apa-apa memang tidak mendatangkan sebarang hasil kecuali perbualan meleret tanpa arah tuju.

Sedikit kesal kerana kau tahu mana silapnya, tapi kau malas melangkah. Aku bercakap secara tepat dari hati, aku tidak mampu membantu sebarang.

Aku benci memaksa dan orang yang terpaksa. Boleh blah (agak kasar bukan?), aku benci orang yang cuba mengambil hati. Boleh blah (memang kasar bukan?). Sebab tu aku tidak suka jika ada orang merasa terhutang budi atau jasa. Tapi semuanya hak individu. Jangan takut dengan aku, kawan datang dan pergi sesuka hati, dapat apa yang dimahukan cukuplah, apatah lagi jika yang lumayan, macam lah aku kisah sangat. Rilek sudah. Aku sudah tiada sebarang kepercayaan. Disappointed? Try not to. We dun hav any real frens anyway.

Bagaimana ini? Esok kelas!!!!!!!Nasib baik pukul 11 =)

No comments: