Sunday, February 24, 2008

Penganggu keindahan terhebat..bila api menjadi bubur..

Aku boleh saja bergelak-gelak dan aktifkan diri walau mata memerah dan tulang bagai dihentak dengan batu..kamu semua janganlah merasa pelik kerana itu memang aku..kamu semua janganlah merasa hairan kerana aku boleh berpura-pura ceria selalu( dan pura-pura itu dari hati ikhlas..mungkinlah)..dan aku benar tidak simpan apa-apa di sini..aku kata aku ikhlas juga pun, siapa percaya?dah aku berkata benar..takkan pula nak suruh aku melenting?aneh sungguh..yalah, aku tahu kamu semua merasa sangat misteri kerana aku boleh bergoyang kepala pada waktu yang macam tak wajar..tapi itulah..aku tidak berniat mengambil hati kamu semua..cuma itu adalah aku..

errr..kenapa kau macam mempersoalkan jawapan aku pula?terpulang pada kau dan aku membuat tafsiran dari jawapan itu..4 patah perkataan nyata dari soalan itu boleh membawa macam-macam maksud juga..aku tidaklah naif sangat..pura-pura mungkin..aku ada jawapan sendiri..kau fikir aku tidak kelakarkah masa kau berkata dengan pura-pura serius 4 patah perkataan itu pada aku..tapi semuanya pada aku, pada kau untuk mentafsirkannya dengan cara kita sendiri..bukan begitukah kau?

apa kau minta benar aku lari pecutkah?kalau aku tidak mahu kau akan rasa runsingkah?tenaga aku sudah tidak sama bagai masa remaja dahulu..harus faham tentang itu..dan aku juga tidak mampu berlari..kalau lari saja sudah cukup hilangkan bayang-bayang itu..mudahlah semuanya..tapi aku bukan sesiapa untuk gunakan kuasa kaki menghalang kuasa Tuhan..dan aku tidak anggap kau penganggu keindahan terhebat..kerana aku tahu kau tidak faham apa-apa yang berlaku ke atas diri aku ini sejak mula-mula jari bertemu jari..kau tidak tahu dan kau tidak akan faham kenapa ada pengekoran tersebut walau di pulau kecil..kerana aku sendiri tidak faham..kenapa?sama saja macam kau dan keanehan kau itu..kalau kau tak mampu menjawab, aku apatahlah lagi..

yalah..kita sendiri yang mencari nahas..kau sudah merasa lelahkah?khabarkan saja pada aku dengan ikhlas..kita boleh bertindak sebelum terlambat..aku tidak pernah terlintas mahu menjadi penganggu keindahan terhebat...sungguh aku tidak menipu..

aku tidak boleh terima alasan awak..kerana aku sudah nampak di mata awak terkandung sesuatu..awak merasa sangsi dan awak menunjukkannya dengan perlian-perlian dan soalan-soalan aneh..awak tahu, aku akan jawabnya dengan pura-pura kul dan bodoh..awak tahu soalan awak tak akan bawa kita ke mana-mana..jadi bolehkah awak berdiam sebentar..hanya sebentar..kerana kami tahu apa yang berlaku pada kami..hanya kami dan Tuhan..tapi jika awak nak terus bercakap pun..aku tidak peduli juga..sedikit tidak akan jatuh bangunkan apa yang ada di fikiran dan hati ini..

Tidak walau sedikit , walau sekali api menjadi bubur...

No comments: