Sunday, February 24, 2008

Tiada rasa penghubung

Ada satu koneksi yang mengubungkan antara seorang dengan seorang. Koneksi yang apabila ada satu hentakan, ia bergoyang sekejap tapi tidak boleh putus terus. Rasa hubung kait itu pentingkah? Tiada rasa penghubung, perlukah diambil kira? Ianya bukan bermula dari anak mata, tapi sama sekali berbeda. Sama sekali berbeda. Kerana itu, apabila ada pertembungan pandangan, ianya tidak melahirkan rasa megikal.

Penafian dan kepura-puraan tidak boleh selalu berterusan. Hatta, jiwa yang keras pun mampu bertukar menjadi sutera.

Rasa indah bukanlah persoalannya. Pokoknya, kenapa perlu tercari-cari? Nyatakan pada diri individu, mengapa begitu jadinya? Tak perlu terkabur dengan kecantikan. Ianya cuma selaput kotor semata.

No comments: