Sunday, February 24, 2008

bila sudah siap book review

aku tidak merasa apa-apa pada sesiapa atau apa-apa. aku jatuh, terduduk, tertiarap tapi aku langsung tak peduli. aku menjadi dungu apabila ada muka itu tersenyum. dan aku belum gila walaupun sudah pernah. aku boleh merasa suka apabila mampu memberi dan aku seperti sakit apabila diberi. aku tertunggu-tunggu tapi aku malas menanti. aku tidak menghargai dan aku tidak merasa perlu. aku bersyukur dengan beberapa pemberian yang aneh-aneh itu, cukup selesa dan memberi pengajaran untuk tamadun moden ciptaan bersama. aku berkata ya apabila mahu berkata tidak. aku bukan sengaja berbohong. aku berpusing-pusing dan belum berjumpa arah. arah yang aku rasa macam pasti, tiba-tiba kabur. kadang-kadang ia jelas, selalunya ia terumbang-ambing. aku keliru, tapi aku macam yakin.

No comments: