Sunday, February 24, 2008

Terlewat

Ianya memang meletihkan, tapi saya tidak begitu kisah, asal saja kuncilah mulut itu. Saya tak faham kenapa, saya tak faham diri saya dan orang-orang itu. Semua. Saya tak ambil peduli pun jika mahu dihina dan direndah-rendahkan walaupun kadang-kadang secara automatis akan membuat perangai juga. Saya rasa semua tidak tenang lagi. Sudah terlewat kini.

It's hard to walk

The miracle fly into the deepest part of my heart that I refuse to let it go. Yet I hav to. Forgive me.

Hibernasi

Saya tidak pernah berniat untuk menyukarkan semuanya. Tetapi ianya terjadi begitu sahaja dan saya tidak pasti apa solusi yang baik untuk saya. Biarpun ianya pasti menyakitkan, saya terpaksa memikirkan begitu jika itulah yang terbaik buat saya dan orang itu. Saya tahu apa yang ada di sini, pada saya, saya pasti saya tidak pernah tidak sukarela, tetapi saya tidak akan berbuat apa-apa kerana saya takutkan perkara lalu. Saya tidak harapkan apa-apa tetapi saya tidak mahu ianya terus menjadi seperti suka-suka dan tampak salah.

Bagaimanapun hari ini pertama kali saya puas hati dalam masa yang singkat. Thanks to u. U really such a wonderful person. Be there without complaining. I got RM30 more in my UCOB, huhuhu

I will try still

Heheh..sudah dua kali seseorang menyatakan pada orang-orang yang dia mengharapkan saya diperbetulkan. Saya menghargainya. Mungkin benar, saya sudah tersongsang jauh. Mungkin lebih dari 360 darjah mengatasi tahap orang itu mampu men'twistkan' tangannya. Itu anggapannya. Saya tidak berhak menghalang. Lebih wajar jika saya cermin dulu diri sendiri. Tapi saya tidak pasti bagaimana orang songsang ini sering diharapkan atas itu dan ini? Tidak mengapalah. Semuanya silap saya. Saya harus selalu bersangka baik. Hapuskan rasa syak wasangka yang mengelirukan itu.

Hari ini pula saya sedar sesuatu, bukan baru hari ini mungkin. Saya mungkin seperti menjadi batu penghalang kepada sesuatu yang anda inginkan, yang menggembirakan anda, akibat tanggapan salah orang-orang terhadap saya dan anda. Saya berharap agar saya tidak terus berada di tengah-tengah kemahuan sebenar anda kerana tiada yang lebih gembira melihat orang lain gembira, apatah lagi jika ianya anda, saya senang sekali melihat mata anda bercahaya gembira, tetapi saya tidak tahu apakah solusinya, maafkan saya. Saya tidak tahu bila harus bertindak, tetapi saya fikir jika lebih lewat, pastinya ianya akan lebih runsing pada anda, orang-orang lain juga.

I received those paybacks tonite and I'm going to accept that carefully. The phone call that I've made was pretty much disappointing. A lesson for me I guess. Do not use me anymore becoz I'm learning to be someone else. Dont think it will satisfy you anymore becoz I will leave now. Oh yeah, I'm weak, but I will try still.

Pekat

Semalam saja, semuanya sudah terbongkar, menunggu masa sajalah untuk konfrantasi secara beramai-ramai. Aku peduli apa akan rasa malu engkau, jangan sekali kau biarkan orang itu tersungkur, atau lihat saja, apa yang bakal menanti engkau.

Aku tidak merasa ada sesiapa bersalah pada aku. Aku secara jujur merasakan semuanya dari aku. Cukuplah. Kasihan engkau, buruk nama kerana orang yang tidak penting dan tidak pasti dari mana datangnya.

Mari kita sama-sama mulakan aktiviti lewat malam. Jangan sampai darahnya pekat.

Reveal it

If I could lie forever, I will then say that nothing seems to bother me about all these. Where is the tranqulity? It's too much and unbearable. Laugh to hide it? No, it wont help. It is like killing everyone in a most cruelest way. For 22 years, one person dies after another. Tell me to wipe the blood. I cannot do anything. It grows in a very much ugly environment. Dark secret. Reveal it soon please. For how long that we will have to catch up with all these lies? Greatest test in life..

And yeah, "The words are coming out all wierd, where are you now when I need you? Alone on an aeroplane, falling asleep beside the window pane, my blood will thicken. I need to wash myself again to hide all the dirt and pain, 'cause I'd be scared that there's nothing underneath."

I'm writing too much

I see those black dots flying freely around my head and I try my best to catch them, but hei, I'm sick!!!

Sickening people, angry people, pity people, lovesick people, I see all of them and I'm growing tired.

And why? I'm writing too much. Wat else to do?

You died already? No, obviously not but I already feel this.

You, can you please stop pushing me or I will go beserk? But I know you don't deserve that.

The end of beautiful epic

As I turn around and find myself smiling in this art of loneliness, I guess this could be the end of our beautiful epic. This might really be the starting point of zero trust, zero ppl to share things with and yes, that's me. Welcome back zati =)

Angin ahmar

Semua orang macam diserang angin ahmar tanpa sebarang amaran. Aneh! Aku benci semua ini! Di mana toleransi yang sering diwar-warkan? Cukuplah menjadi hipokrit.

Silent

Beyond this disappointing silent mood, I realized one thing that you are just another. Maybe something else. I accept and I'm grateful. I'm thankful for all the precious lessons and moments. Whatever intention you have in your mind towards me, whatever life you choose to walk into, I'll keep praying for you. For all my disturbing and annoying attitudes, I'm sorry. I hope I can control myself not to do that anymore. Nevermind, God is fair.

So not true

Comparing u now n u then, I hav no clue why u still want to correct this, we both know that things will always be the same, we will stuck somewhere in the middle of this.

Holiday?Classes?I got real nuthing to do, stuck in front of this, lying freely on the bed, what to do? But I guess I did steal that person's time, I'm taking too much. Who am I? Absolutely nobody.

If I said so, do u think I really mean it? Haha, so not true.

Serious mood

It's a new version of life; throw away everything, make a stupid blank face and u'll be happy. I dont like u seriously. I can sense it, how u take it and then leave it just like that. Haha..funny u, dun try to trick me, u will get nuthing sumtimes though most of the time u thought u win this.

Saya sedar

Saya sedar ianya berbentuk idea dan pernyataan, tetapi saya tidak boleh datang sekarang, bagaimana atau apa jenis aliran elektrik sekalipun, saya harus berwaspada. Biar saya susun semula semua yang bersepah-sepah itu, kemudian kita jumpa di sana. Rekahan-rekahan di permukaan itu sememangnya menimbulkan rasa kecut perut yang sukar diterjemahkan. Tapi saya tahu apa ertinya dan saya akan biarkan ia terus begitu.

Sarang lebah

Masuk dan cuba memuatkan diri di dalam sarang lebah, sengatnya tidak mengena, sakitnya cuma macam rasa dicubit. Hahahaha! Sampai bila-bila jangan? Jadi bagaimana? Future aku, aku mana tahu. Kalau tak boleh mengerti, tak payahla paksa diri lagi. Awak orang baik-baik, saya tidak, jauh lari, jauh berbeza.

Saya malu sendiri kerana sering bercerita pada seorang sahabat. Kenapa mesti begitu? Siapa mahu peduli cerita-cerita bodoh kau itu? Ingat sini, sedih kau, kau tanggung sendiri, siapa kau itu? Penganggu! Faham penganggu! Cukuplah tu, beritahu diri kau agar jangan buat orang runsing dengan cerita sia-sia, mesej sia-sia, panggilan komunikasi sia-sia, apa sajalah!!! Malulah sikit!

Sekarang bezakan sendiri intan dan kaca? Tak boleh nak beza pun sebab intannya memang tiada. Enuff!

Keanehan

Aku tidak boleh sama sekali menasihatkan kau kerana kita berbeza gaya mahupun cara. Lagipula aku ini bukan sesiapa. Lagi-lagi jika ia berkait hati. Aku tak mahu tersalah kata, buruk padahnya. Aku bukan sekali ini mendengar kau, hari ini sekali lagi kau bagaikan tercari-cari arah, cubaan berlagak seperti tiada apa-apa memang tidak mendatangkan sebarang hasil kecuali perbualan meleret tanpa arah tuju.

Sedikit kesal kerana kau tahu mana silapnya, tapi kau malas melangkah. Aku bercakap secara tepat dari hati, aku tidak mampu membantu sebarang.

Aku benci memaksa dan orang yang terpaksa. Boleh blah (agak kasar bukan?), aku benci orang yang cuba mengambil hati. Boleh blah (memang kasar bukan?). Sebab tu aku tidak suka jika ada orang merasa terhutang budi atau jasa. Tapi semuanya hak individu. Jangan takut dengan aku, kawan datang dan pergi sesuka hati, dapat apa yang dimahukan cukuplah, apatah lagi jika yang lumayan, macam lah aku kisah sangat. Rilek sudah. Aku sudah tiada sebarang kepercayaan. Disappointed? Try not to. We dun hav any real frens anyway.

Bagaimana ini? Esok kelas!!!!!!!Nasib baik pukul 11 =)

Look inside our mind

It's not that I'm asking for any payback neither wanting for any complementary nor attention. It is my pleasure to see u happy becoz I know how much u longed for it. It is all about the art of frenship, which we hav our own choice, to appreciate it or to let it dies just like that. I'm not saying that u are taking advantage, though I'm hoping u won't. In d end, it is all up to us.

Beautiful yet painful

It's the weird annoying feeling that kill urself after u lock urself in ur own world. And then u know how hard u need to pretend like u feel nuthing yet u know u hav sumthing, real sumthing inside. The pressure u put on urself, blame it to ur mouth. Please mind urself that this is the reality u need to face, don't step on the yellow line becoz u will get nothing, I mean it, yes, u won't get anything. So, u just stay with ur mouth shut and then begin calculating all the nonsense probablity, expecting there will be some very good returns. U know that it's miserable to let it go not even a day, yet u know u cannot catch it. So, this is the very right time u thought u could play some trick and being selfish, but then u cannot really feel it. It's different, it's not normal, so tell urself to forget, but ur mind say no. That is how it works. Really! The theory u created without even thinking the consequences u might have to deal with. Now u remember all the smiles and the cheeky laughs u used to hear and then u could feel the real pain in a beautiful way. It is beautiful. It really is. U can taste it.

Sampai kini terasa melayang-melayang

Ianya adalah rasa kurang enak yang menyerang secara mengejut selepas berbicara agak panjang. Apabila tiba waktu "saya habis-habis ni" "dia kalau waktu begitu memang selalu macam ni ke?" memang sedikit sebanyak menjerut emosi di dinihari. Tak pasal-pasal ganggu kawan pula tiba-tiba kemudian biarkan perbualan yang tiada arah tuju tergantung begitu sahaja. Tiada perkataan marah di sini kerana tiada apa yang melayakkan diri untuk merasa marah. Kalau terkejut sekalipun, marah tidak akan wujud. Mungkin lebih berjaga-jaga agar bertindak tidak menyakitkan,memualkan dan membosankan orang lain. Mungkin perlu ada sedikit jarak..mungkin

When u lie...hahahaha

I know what this feeling is all about..definitely..u give me millions, it can never be the same..its hurt but i like it as well..

Help, I'm falling in love with that cute chubby little baby in his mother's arms till I cannot stop looking at his picture :D

Again and again

Our mind is being polluted. She plays with his heart. Negative thinking. Sometimes, you are too demanding. He is so frustrated. Wasting time for stupid thing. Most of the time, I'm afraid of him. She changed a lot. I think we are going nowhere. No reason, no purpose. You hate me? I make you sick. He broke into tears. I'm feeling bad. She walks away without feeling guilty. You silly doing corruption. I hate you. We? No comment. I'm not feeling comfortable at all. He don't like being my friend. She is not using her mind. They are being too much!!!! There is something inside here. She pretends like she feels nothing. I don't want to go out. He is annoying. We lie! You are almost perfect. I cannot sleep!! This is just tooooooo much!!

Tidak berjaya juga

12.33 A.M Patutnya tidur awal, harus tidur awal, "kau jangan chat malam ni", warning seorang kawan petang tadi dengan harapan esoknya akan bersemangat menyiapkan diri untuk perjalanan jauh. Oh, maaf, saya sudah cuba, tapi masih gagal!!! Jam 11.00 PM lagi sudah bersiap-siap untuk beradu, sempat terlelap untuk beberapa saat, tapi kemudiannya resah kembali. Jam 12.00 AM, mengirim pesanan hari lahir pada seorang teman gila, semoga encik mendapatkan kebahagiaan dan kesihatan selalu, encik memang seorang kawan yang baik, dengarnya ada kerja luar pula di waktu begini, kasihan amat kamu ya encik. Hei, hei, kepala sudah berdenyut, tadi sore bersiar-siar di bandar depresi, juga meneman orang membeli hadiah seperti hari-hari sudah, tapi kali ini nampaknya membuahkan hasil. Ada juga melirik sekeliling, mana tahu berjumpa teman-teman lama, tapi nampaknya tiada seorang pun. Malam semalam terjumpa sekumpulan rakan lama yang bertugas di pusat membeli-belah terkemuka (di kajang, ingat, kajang!). Oh agak gembira mereka dan saya, mereka menahan agar tidak pulang bagi berjumpa antara rakan terakrab untuk beberapa tahun awal di sekolah menengah, berbalas senyum dan sedikit cerita sebelum berpisah, masih kaget mungkin. Awal malam, emosi di hujung tanduk mendengar tangisan yang membingitkan dari orang yang mengaku depresi, hei hei, runsing amat. Tidak, jangan salah faham, saya bukan tidak suka engkau menangis, itu hak engkau lah, mahu bersandar di bahu saya, lantas dipeluk dan dicium juga mungkin boleh (errrr, sungguh saya tak jujur), tapi biarlah bertempat, saya memang lemah dengan kerunsingan, maafkan saya. Ada senarai panjang akan peraturan hidup baru, entah apalah itu, kemudian ada satu gambaran yang sama tentang orang itu, entah kenapalah mesti begitu, yalah, sudah letih ini, tapi bagaimana mahu seperti kamu-kamu semua, indah diulit mimpi? Minum dulu lah.

Our fantasies do not bring us to anywhere?

Dengan mata membengkak, bercerita tentang fantasi. Tidak pernah selama 22 tahun hidup dikongsi fantasi bersama orang lain. Fantasi menjadikan kita orang yang tidak berwawasan? Fantasi tidak akan membawa kita ke mana-mana? Apa sajalah. Tetapi fantasi dan dunia sendiri itulah yang menyeronokkan. Bermain untuk kelab gergasi dunia, sekadar menjadi pemain yang hebat, study tinggi, tidak pernah berfantasi sebegitu, berjumpa pemain kesayangan, berkawan dengan pemain kesayangan, psiko manusia, berkawan dengan e-e, bla bla. Fantasi ini semakin terhad, sudah tiada lagi pertemuan ketika mengikat tali kasut atau berbual-bual di Stamford Bridge, yang ada cuma menjaga anak kecil dan orang yang disayangi. Siapa? Oh, bahaya sekali soalan itu. Kepala pusing, tidak betah untuk tidur lena walaupun mata sangat mengantuk, hampir pukul 7 a.m, berbual dengan bonda tercinta, bercakap tentang siling rumah, memberi pendapat pakaian kepada kekanda yang garang, ZzZzZzZzzz...tampaknya fantasi sudah gagal membuatkan mata terlelap.

Saya tidak mampu

Ini bukanlah kali pertama dalam tempoh itu saya merasa pusing begini, kelam mata, sakit jiwa, terdera, loya, bintang-bintang bertukar warna, tidak indah, tidak mampu bertahan dan tidak boleh menapak lagi. Sebab itu saya tahu ianya bukan sesuatu yang biasa. Ianya sangat luar biasa. Ini juga bukanlah kali pertama dalam tempoh itu saya merasa asyik begini, cerah mata, lembut jiwa, bahagia, segar, bintang-bintang bercahaya, segalanya indah, kuat dan menapak penuh semangat. Sebab itu saya tahu ianya bukan sesuatu yang biasa. Ianya sangat luar biasa. Kalaulah buku-buku itu dapat melihat reaksi pembacanya, andainya muzik dapat dialunkan tanpa bunyi, pasti saya tahu apa makna semua ini. Saya benci akan kepura-puraan itu. Saya benci akan besar kepala itu. Saya benci akan permainan mata ini. Saya benci semuanya.Tolong saya, beban ini sangat berat untuk saya tanggung berseorangan. Saya mencari-cari tangan itu, tapi saya tidak menjumpainya lagi. Saya seperti orang gila, bayi kecil yang belum pun boleh merangkak, menangis teresak-esak tanpa sebab yang pasti, hilang arah tuju dan kemudian saya akan ketawa sendiri.

Azam tinggal azam

Ada seorang kawan berbekalkan satu azam yang dianggap bodoh,bangang,karut-marut dan sewaktu dengannya berkata kepada kawannya yang dia mahu berevolusi. Purnama berganjak sedikit demi sedikit, tahap gangguan mungkin sudah sampai ke kemuncaknya. Satu yang harus diingati, tiada sebarang paksaan di sini, ianya adalah pada individu itu sendiri, satu rasa yang seperti tidak sedar diri dan agak pentingkan diri, membiarkan yang dianggap kawan tersayang dalam kondisi yang rumit dan membimbangkan. Lantas harus menahan diri tetapi kalau ianya dianggap tidak masuk akal, apa lagi nak ku kata?:D

Di sini tiada siapa yang berhak, hak itu hanya ada pada kaki sendiri, kepala sendiri, tubuh badan sendiri. Jadi, kunci mulut anda, cerminkan diri dan cari di mana silapnya? Tak nampak?

Kebenaran yang terpaksa dilindungi; aku lihat kebenaran itu dari kata-katamu

Saya melalui satu lorong suram tanpa sebarang cahaya. Hati saya berdetik yang saya silap, tetapi saya berdegil. Saya melangkah dengan yakin. Saya berlagak macam saya bijak. Dia berkata kepada saya dari dalam kemudian dia menyapu kata-katanya sedikit demi sedikit. Dia tahu, saya tahu. Saya nampak kebenaran di situ. Tapi saya tidak boleh bersuara walaupun ianya menyeksakan. Saya kabur akan hak saya. Saya tidak nampak di mana. Ya, saya tidak berhak. Saya terpaksa berjalan mengundur, saya bukan sengaja tetapi saya tidak punya pilihan lain. Maafkan saya.

She; episod sendiri

She's been running thru her life all alone with so many eyes all around. She walks in her own line, refuse to involve. She never tell world wat she really feels inside. She struggles alone to overcome her fears towards her ownself, laughs to cover up the forever pains and suffering . She moves from one spot to another, seeking the right track. She drown when she lost her but she moves still. She fell into wrong box for more than 3 years just because she loves and feels sorry for people too much. But as the the light growing brighter, she woke and fight for herself, discard the love for the very 1st time, and life seems calmer for her. In the middle of her own self-conflict, she met him virtually. He's been following her in every corner of her life and journey eversince they talk to each other. She refuses to cry but smiles and keep things to herself. He told her that his dreams been shattered by her since they met. She has no idea why but she just feels sorry for him. She cannot bear it when he is sad or hurts, as if only she can be there, but she knows she can't. She is just like a little devil crawling around his dreams and life. Perhaps, he should just hiding from her and hate her. This can never be another typical story of friendship. It brings them to another world when they both fly and fall down in colours.


Sun is already shine for me, smile is already here, but is it the real shine and smile? I will walk above your forehead and kiss it with full affection. I will cherish your hair and with tears telling you how deep I have drown. I will hold your hand before pushing you and run away from your sight. In the end, I will cross the sea and and living in the isolated island by my ownsel

Pelarian beribu batu, larian jarak jauh tanpa pingat

Running away from almost everyone without any reason, n I'm thirsty but I dunt need water. I have no intention of coming back. I'm free n I'm smiling. I'm not sad n I'm in my most comfort condition. I dun blame it to anyone. I'm afraid of hellos. I'm okay though I'm falling out of this. I dun mind being alone, in fact i choose it becoz it's an art to me.

Yes, I'm listening n responding when they sighing. I agree n nodding. But sumtimes (most of the time), I do fake it becoz I'm not one of them. I dun feel like crying without any companion. Future is all in God's hand. Just don't chase it my friend. Love will come when u least expecting it (I'm just talking yet I know nothing). This is not my subject but wat if i say I'm in love? I can be true, I might be lying. No one knows.

I'm not ready to be so open. I need some spaces. I dun like being caught. I hate it in fact.

Deep inside, i know I'm still not trusting people.

Pertembungan dua budaya besar

Apabila dua budaya bertembung, berlanggar dengan dentuman sekuat bom nuklear, kesannya jarang sekali dapat diatasi oleh tenaga normal. Cubaan untuk menidakkan, melawan dengan sehabis mungkin sekalipun tidak mustahil akan berakhir dengan kekecewaan. Peluh yang menitik-nitik seperti tidak langsung berbaloi. Hanya keluhan besar saja yang meledak diiringi esak tangis yang berselang-seli dengan jeritan amarah.

Kesanggupan manusia untuk lari dari arus harian, sebenarnya bertitik tolak dari keberanian. Antara manusia tahu dan tidak tahu tidak jauh bezanya kalau dianalisa dengan teliti. Tahu bercakap, tahu mengkritik, tahu mengomel, tahu memerli, tahu mencanang, apa impaknya yang sebenar?

Di sini ada perkaitan antara masalah individu dengan masalah politikal yang kronik.

Rasa takut, sindrom yang memakan diri, ngeri pada ancaman duniawi, kehilangan rasa bebas walau untuk diri sendiri , salah siapa?

Bagaimana dengan beribu-ribu kes laporan jenayah yang memualkan? Cari akarnya, kenapa? Kenapa tutupkan mulut yang seharusnya tersenyum selalu dengan sumbatan kain buruk yang akhirnya melahirkan pemberontakan. Apabila kesamarataan diletakkan di buku lali, yang celik jadi buta, yang damai jadi runsing, yang indah jadi kelam.

Kenapa tidak tanya, apa erti di sebalik semua ini? Salahkan mengubah posisi jika ianya umpama menjernihkan air yang keruh?

Apa yang digentarkan dengan kuku besi?

Tiada rasa penghubung

Ada satu koneksi yang mengubungkan antara seorang dengan seorang. Koneksi yang apabila ada satu hentakan, ia bergoyang sekejap tapi tidak boleh putus terus. Rasa hubung kait itu pentingkah? Tiada rasa penghubung, perlukah diambil kira? Ianya bukan bermula dari anak mata, tapi sama sekali berbeda. Sama sekali berbeda. Kerana itu, apabila ada pertembungan pandangan, ianya tidak melahirkan rasa megikal.

Penafian dan kepura-puraan tidak boleh selalu berterusan. Hatta, jiwa yang keras pun mampu bertukar menjadi sutera.

Rasa indah bukanlah persoalannya. Pokoknya, kenapa perlu tercari-cari? Nyatakan pada diri individu, mengapa begitu jadinya? Tak perlu terkabur dengan kecantikan. Ianya cuma selaput kotor semata.

Kenapa harus saya persoalkan?

kenapa saya mesti cakap "kita tiada sebarang kawan sebenar" sedangkan saya masih berkawan? kenapa saya mesti cakap "saya tidak peduli" sedangkan saya masih ambil tahu?kenapa saya berkata itu dan ini?kenapa saya berbuat begitu dan begini?

kenapa kawan bukan sahabat? kerana cuba kau lihat ke dalam anak mata mereka, kau kaji apa yang terkandung di situ. adakah mereka seperti dipaksa atau terpaksa melayan?atau mereka bersikap persendirian?atau mereka berniat halus mencari sesuatu?atau mereka hanya mahu mengisi kekosongan hati yang lara?atau mereka mahu bersuka-ria tanpa motif?atau mereka tersilap arah?atau apa?atau apa-apa?atau ada apa denganmu?

saya mana tahu niat kau itu. saya tidak tahu. saya mana tahu. saya tidak tahu. mana saya tahu. tidak tahu saya. mana saya tahu. tidak tahu saya.

percaya pun tidak semestinya seratus-peratus kerana saya tidak akan terleka. manis pun tidak semestinya mencucuk sampai ke dalam kerana saya akan selalu berjaga. buatlah apa yang kau rasa mahu, saya masih ada kaki sendiri, duduk seorang pun tak apa, asal saya tahu bagaimana nak memandu kapal ini secara solo.

ingat jangan cuba bermain dengan permata saya kerana kau akan tahu bagaimana rasanya tersungkur nanti. ingat jangan merasa takut pada saya kerana kau tahu saya bagaimana. tapi saya menghargai dan tidak harapkan apa-apa balasan.

saya tidak tahu adakah ini satu obsesi atau yang sebenar? saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran kau. dan kalau boleh jangan beritahu saya. biarkan ia berlalu macam angin yang tak berhaluan.

eh, saya tidak sepatutnya ada di sini. mata saya patut harus dituju pada nota-nota bertulisan besar di sebelah window sana. tapi saya merasa 'stress' kononnya. coklat tiada, jawabnya menulislah. esok peperiksaan akan tamat jadi saya tak perlu memesej sesiapa meminta coklat lagi.

la..bila kamu mahu hantar coklat? pagi ini pukul 5.55 bolehkah? ya, kamu tahu saya tak mean it langsung pun. sama macam kamu tak mean it langsung pun membuat tawaran itu. kes ini mudah saja, belajar untuk tidak mengharapkan apa-apa dari sesiapa walau hanya untuk perkara yang kecil. juga belajar mengenal "siapa kamu?" "siapa saya?" dan "di mana letak duduk saya ini?". harus selalu sedar diri.

jadi tidak akan keluar rasa "kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi" :D

baiklah mak, saya turun sekarang. janganlah cucuk belakang saya. kenapa kata saya tengkorak bergerak? saya sudah makan banyak. baik, baik, saya berhenti.

Pembacaan dan telahan

Sebenarnya saya tahu kenapa awak begitu. Saya tahu kenapa awak suka berteka-teki dan saya tidak hairan sedikit pun. Berapa lama pun sudah tidur sekatil. Saya tahu kenapa. Kerana kita jarang berterus-terang walaupun setiap hari pun kita bersama-sama. Walaupun orang anggap kita macam isi dan kuku. Tapi awak tak mahu tunjukkan sikap ingin tahu. Saya juga tidak bertanya. Bukan kerana saya pura-pura tak mahu tahu. Tapi prinsip saya mudah, jika awak rasa awak mahu beritahu, awak beritahu. Jika awak rasa awak mahu simpan, awak simpan. Saya tidak akan memaksa. Tapi awak ingin tahu, dan awak gunakan cara menduga. Tapi awak tahu, awak tak dapat apa-apa dengan berbuat demikian. Mungkin jika mata saya boleh memberitahu apa yang ada di fikiran dan hati saya, awak akan tahu.

Saya tahu kenapa awak membaca sesuka hati awak. Saya tahu awak rasa agak aneh kenapa saya nampak begitu rapat dengan dia. Saya tahu awak tak pernah lihat saya rapat dengan orang begitu segera. Saya tahu awak tidak begitu rapat dengan orang-orang sebegitu dan awak rasa pelik kenapa saya boleh rapat pula. Awak cakap pada saya sejak awal dulu. Tapi awak tahu latar belakang saya dan orang macam mana saya mudah rapat. Mungkin ada cara dan gaya hidup kita yang agak lain sedikit walaupun kebanyakan hampir sama. Saya tidak dapat menjawab awak. Tapi saya tahu awak merasa misteri pada saya. Saya akan biarkan awak dengan teka-teki, rasa aneh dan misteri awak itu sehingga ada jawapan yang benar-benar pasti.

I got nothing to hide

It's been quite sometimes, but still the questions, the talks can be heard here n there. I'm becoming stronger and dun ask me why. I have my own reason. Living in the dark with a fake smile is not what i want. I cannot feel sorry neither sympathy. U might say I'm out of mind, but I dun mind. I dun mind. I dun mind.

I might be wrong but I believe in fate. I know what is in your mind right now, but I dun care. I dun care. I dun care.

You make me fly high before kick me at my head, but I will smile. I will smile. I will smile.

BECAUSE I BELIEVE IN FATE.

Penganggu keindahan terhebat..bila api menjadi bubur..

Aku boleh saja bergelak-gelak dan aktifkan diri walau mata memerah dan tulang bagai dihentak dengan batu..kamu semua janganlah merasa pelik kerana itu memang aku..kamu semua janganlah merasa hairan kerana aku boleh berpura-pura ceria selalu( dan pura-pura itu dari hati ikhlas..mungkinlah)..dan aku benar tidak simpan apa-apa di sini..aku kata aku ikhlas juga pun, siapa percaya?dah aku berkata benar..takkan pula nak suruh aku melenting?aneh sungguh..yalah, aku tahu kamu semua merasa sangat misteri kerana aku boleh bergoyang kepala pada waktu yang macam tak wajar..tapi itulah..aku tidak berniat mengambil hati kamu semua..cuma itu adalah aku..

errr..kenapa kau macam mempersoalkan jawapan aku pula?terpulang pada kau dan aku membuat tafsiran dari jawapan itu..4 patah perkataan nyata dari soalan itu boleh membawa macam-macam maksud juga..aku tidaklah naif sangat..pura-pura mungkin..aku ada jawapan sendiri..kau fikir aku tidak kelakarkah masa kau berkata dengan pura-pura serius 4 patah perkataan itu pada aku..tapi semuanya pada aku, pada kau untuk mentafsirkannya dengan cara kita sendiri..bukan begitukah kau?

apa kau minta benar aku lari pecutkah?kalau aku tidak mahu kau akan rasa runsingkah?tenaga aku sudah tidak sama bagai masa remaja dahulu..harus faham tentang itu..dan aku juga tidak mampu berlari..kalau lari saja sudah cukup hilangkan bayang-bayang itu..mudahlah semuanya..tapi aku bukan sesiapa untuk gunakan kuasa kaki menghalang kuasa Tuhan..dan aku tidak anggap kau penganggu keindahan terhebat..kerana aku tahu kau tidak faham apa-apa yang berlaku ke atas diri aku ini sejak mula-mula jari bertemu jari..kau tidak tahu dan kau tidak akan faham kenapa ada pengekoran tersebut walau di pulau kecil..kerana aku sendiri tidak faham..kenapa?sama saja macam kau dan keanehan kau itu..kalau kau tak mampu menjawab, aku apatahlah lagi..

yalah..kita sendiri yang mencari nahas..kau sudah merasa lelahkah?khabarkan saja pada aku dengan ikhlas..kita boleh bertindak sebelum terlambat..aku tidak pernah terlintas mahu menjadi penganggu keindahan terhebat...sungguh aku tidak menipu..

aku tidak boleh terima alasan awak..kerana aku sudah nampak di mata awak terkandung sesuatu..awak merasa sangsi dan awak menunjukkannya dengan perlian-perlian dan soalan-soalan aneh..awak tahu, aku akan jawabnya dengan pura-pura kul dan bodoh..awak tahu soalan awak tak akan bawa kita ke mana-mana..jadi bolehkah awak berdiam sebentar..hanya sebentar..kerana kami tahu apa yang berlaku pada kami..hanya kami dan Tuhan..tapi jika awak nak terus bercakap pun..aku tidak peduli juga..sedikit tidak akan jatuh bangunkan apa yang ada di fikiran dan hati ini..

Tidak walau sedikit , walau sekali api menjadi bubur...

Exhausted but I dunno wat to do

Ever in your life feeling so exhausted with ur own self?

It is not that I mean to hide or mad..I just need some spaces alone..I might laugh all the time..being a sick person..but do you have to take advantage? Yes, I allow it..I'm nobody n I dun care.. I dun ask for anything, any helps, but just a simple smile..I'm not expecting or ask for more because I used to do it all alone n I used to be alone (yeah, I stole this word from a great fren of mine=))

I may leave someday..I know it's not right..I'm not going to steal anything from anyone..even if it may hurt me..again, I'm nobody n I dun care..we promise not to go across the line..not to fall in love with each other..even if we will, (though i know u won't) we will immediately kill it..but we also know, everything is in God's hand..who am I to deny it? Who are you?..am I being too much? Yeah, I may leave someday if God wants me to..n u, just tell me right from the bottom of ur heart if u want it to happen.. is it too hard to let go? Is it too hard to resist? Time will tell..but I believe, there or not, I mean nuthing to u, bring nuthing, affect nuthing..there are so many precious, valueble n priceless things/ person around u that u may not wat to lose n i wont lead to it..ever..even when u said, u don't care..but why risking urself for sumone as useless as me? so not worth it..at all i guess..

I thank you for helping..I feel so sorry, guilty watsoever..but brother..I value it so much..thank u again..n sorry for burdening u..:D

Yes, we used to be closed..but i guess, I'm not ready for anything..I just want to leave it far behind..I'm not ready to talk n I'm sorry..

We lie to each other, n I know it..in the 1st place, why do u hav to believe me?..being so coward..why we have to?..being in denial, so stupid..I dun care

Cik di mana? Saya sudah lama mencari dan saya tidak akan berhenti

Bagaimana agaknya mahu berkata tak mahu? Kenapa agaknya selalu merasa gentar pada permintaan? Mengapa mereka bergembira memgambil angin apabila tahu ada orang yang sangat pengecut biarpun dengan semut tak berbisa? Tidakkah ada sedikit belas? Hei, kenapa perlu persoalkan pula? Salah siapa kalau bukan kau sendiri? Bodoh amat! Ambil kaca itu dan lihat ke dalamnya. Tak perlu merasa belas atau kasihan tanpa sebab. Bercakaplah dari hati. Jangan pengsan dalam kemusnahan.

Smile brightly

When u decide to hide, i won't care..even if u decide to go, i also won't care..the door is open n u may leave..i value this frenship very much but i won't stop u..i've experienced this long time ago n i guess i'm strong enough..but listen to me for a while, thank u for so many things we share, thank u for being almost perfect to my eyes, thank u for all the lesson u told me, thank u for being there when i need u to listen, thank u for all d memories..i'll never forget but i'll forgive..do come to me if u need sumone to listen to ur tales and problems..i'm here with no regret, no hatred n no grudge..adios n take care~

This difinitely not for my darling yda or anyone else :D

Only God knows how hard to survive

I want to walk away with a smile..i feel like vomited..there is sumthing inside here..inside my mind, my body n soul n i really want to discard it..i'm waiting for nuthing n cry for no reason..i'm not being good..i think too much n i'm tired of it..u grow n stay in my soul peacefully n i hate to admit it..but i'm happy to say u do make me sick sumtimes..i dunno why i have to involve ..why do i hav to take such a huge risk?..i'm sorry it's all my fault..i know i'm not suppose to..i feel like a jerk..full of sins n dirts..**i cannot sleep n tell myself to forget..i promised not to worry, but still i fail to do so..i laugh n smile when u are home even when u give me a bundle of sarcastic words..i know u love us n i love u too..i may not show it that much but only God knows that..but i dun think about myself..all i care for is u, being lonely in the dark room..i want to go there..sleep beside u n hug u as tight as i can n cry together..but i know u r strong enough..u will never cry..***i talk nonsense till wee hour n make people bored..i was not answering ur question..but i wont break my promise..even when u dun want to ask anymore..promise is promise n now with no doubt i'm telling u, never a minute in my life i dun like u..as wat u told me that day 'dengan selamba' i will reply it 'dengan selamba' too.."yes, i do" (even we both lie to each other we will never know rite?)..how can i deny it when more than 50 percent of my life is being filled up with u n ur words?..it's odd to be so honest but i'm glad when i can say it with no ego..it's so strange to tell sumthing that i never told anyone before..but i dun care becoz this frenship is already weird..people wondering n people make assumption of us n i dun want to blame anyone becoz they might be true sumtimes..this is not my choice, but God gives me this, even when i pray to show me the truth if i'm wrong..it comes so naturally that i hav no idea why..but i'm not hoping n asking for anything..i'll just go with d flow and let it be as wat it supposes to b..i accept****i dun think i can survive for more years here..u cry n u suffer..u dun miss ur parents but u longing to go back..u sigh every single minutes n u effect me in so many ways..u know it does hurt me sometimes but u also know how much i care for u..i'm asking u for one thing..please wake-up n we have to gain back all the spirits n real hapiness that we used to have..i dun want to disappoint anyone especially the person i love the most..a women with a warm face that cure all my worries whenever i hear her voice, whenever she comes back from work..my darling, stop thinking n open ur eyes..i know u can do it..i will always be there only if u love urself..u hav no idea how much i force myself..control myself not to scream..not to rebel..i can do this all by myself n i'm honest with my words..but please do not push me..*****i hate this doubtful feeling n i say i want to improve..but i cannot find the right path yet..u told me last morning that ur mother knows that sumbody sumone..but i still dunno when n how..

i have no backbone right now..i hav to stand on my own feet..n i'm ready to go..i will rise n i dun care..

Tahu pun nak buat apa?

Kenapa kamu mahu tahu? Jika kamu tahu pun ianya takkan merubah apa-apa bukan? Saya sudah kata, "saya tahu kamu tahu" kerana hanya orang tak siuman saja tidak tahu. Kamu bukan tak siuman, cuma gila sahaja. Kadang-kadang pernyataan atau kata-kata tidak bermakna apa-apa apabila ada unsur-unsur spiritual dan kenalurian yang hubungkan antara manusia. Hanya dengan kata-kata selamba dan sambil lalu atau diam seribu makna tanpa sebait ayat pun, boleh tahu juga!! Tapi tak apa, tunggu saja 3 hari, biar saya dapatkan jawapan untuk diri saya sendiri dan saya akan beri jawapan yang jelas dari soalan yang jelas amat itu :D

Gila atau apa?

Tak berminat pun nak ambil tahu..

So wat?

Wat wat?

Cawat tau tak?

Takde masa nak ambil tahu!!

Alah, kamu cuba kelirukan saya kan?

Bila pula ni gila?

Alah, saya tahu la

Kamu jangan nak memandai-mandai ye

Saya memandai-mandai ke?Saya memandai-mandai ke?Saya memandai-mandai ke?

Kut suka kamula bengong

Alalalalalala

Ah, abaikan sajalah

Baik,baik,abaikan

Kata-kata aneh

Misteri sungguh menjelang dewasa ini. Pelbagai kata-kata aneh menyapu mata , tak kurang juga yang menyumbat telinga. Ada yang berbunyi sinis, ada yang berbunyi kelakar, ada yang berbunyi hampa, ada yang berbunyi runsing, ada juga yang berbunyi rilek dan kul..ah tak fahamlah semuanya!

Ada sekali aku merasa macam mahu pergi lari ke atas, tunding jari ke dahi orang itu dan kata "cukup!ianya sudah melebihi batas dan kadar air yang aku rasa aku mahu beri"

mereka berkata...

"kaulah loser no 1" "kau suka dia kan?" "i'm sorry..i'm sorry..i'm sorry" " i have a dream about u" "wah wah..busynya sekarang,businesswomen la katakan" "kamu suka saya?"

sejujurnya..

"ya aku memang loser, dan aku tidak peduli lagi, gembira bertemu another loser macam kamu..huhuhu" "aku tidak tahu sila rujuk pada jawapan untuk soalan akhir" "plis no more sorry..i'm sick of it coz u r innocent, i'll take care of u but pls do care for urself 1st" "wat dream?wet dream?i dun care n i wont reply ur message..thanx" "i'm sorry, this is not wat i want, but i hav no choice, saya rindu kamu semua ibu ayah, akak penuh dengan kehampaan di sini, tapi akak hanya terpaksa..semoga kamu semua faham situasi saya, jika boleh saya mahu ambil poket doremon, dan hubungkan saya dengan keindahan-keindahan biasa, tapi siapa saya mahu berbuat demikian?" "kalau saya suka kamu pun, adakah saya akan beritahu kamu? adakah kamu fikir saya sedar pun rasa itu jika itu adalah satu hakikat?adakah kamu tidak takut jika ianya menjadi hakikat?adakah saya layak untuk menjadikan ianya hakikat?jangan bercakap perkara yg tidak logik--ini kata kamu"

waktu sudah melampaui garis yang ditandai, seorang rakan menunggu di rumah, dua lagi sedang tersenyum gembira..harus bergerak sekarang juga..one two three...cioooo

batu gundah gulana

satu hari aku duduk dan berpusing ke belakang..aku terlihat batu..aku ambil dan sejak itu aku rasa mahu senyum sahaja walau sekali hati rasa gundah gulana..bila aku masuk tidur melihat rakan sebelah menyarung sarung kaki, aku terdiam dan aku tak faham kenapa batu mesti bernyanyi riang selalu..batu oh batu..kenapa batu pun boleh buat aku gundah gulana..?

bila sudah siap book review

aku tidak merasa apa-apa pada sesiapa atau apa-apa. aku jatuh, terduduk, tertiarap tapi aku langsung tak peduli. aku menjadi dungu apabila ada muka itu tersenyum. dan aku belum gila walaupun sudah pernah. aku boleh merasa suka apabila mampu memberi dan aku seperti sakit apabila diberi. aku tertunggu-tunggu tapi aku malas menanti. aku tidak menghargai dan aku tidak merasa perlu. aku bersyukur dengan beberapa pemberian yang aneh-aneh itu, cukup selesa dan memberi pengajaran untuk tamadun moden ciptaan bersama. aku berkata ya apabila mahu berkata tidak. aku bukan sengaja berbohong. aku berpusing-pusing dan belum berjumpa arah. arah yang aku rasa macam pasti, tiba-tiba kabur. kadang-kadang ia jelas, selalunya ia terumbang-ambing. aku keliru, tapi aku macam yakin.

zzzzzZZzZ...

I'm tired..I'm hopeless..I dun care..I feel hated n yes I deserve it!Kill me,kick me,stab me,punch me,do wateva u wanna do..I'm just gonna smile..Thanx!

Your Day

Today is ur day, I wish u the very best n may God bestow u with all His nikmat, I'm sorry for not being there..=(..perhaps sumday!Take care!