Friday, January 4, 2008

Sambal belacan sedap dimakan

Memangla aku lapar pun, tapi mana mungkin aku akan ambil sambal belacan kau. Aku pandai buat atau beli sendiri saja bila perut aku bernyanyi kuat. Kalau aku sudah terliur sangat pun, aku simpan dalam hati sajalah, aku tak akan doa kau beri aku sedikit sambal itu. Aku cuma mahu sambal itu selamat masuk ke dalam perut kau. Yang penting aku tak mahu sambal belacan itu tersalah mengalir ke dalam mulut yang tak sepatutnya. Sebab aku memang suka makan sambal belacan, jadi aku akan pastikan ianya selamat dijamah oleh orang lapar yang tepat. Janganlah gelojoh sangat telan sambal itu sebab nanti kau tercekik pula. Memanglah aku kesian juga dengan kau, tapi fikiran aku lebih kepada sambal itu. Kan aku dah kata, sambal belacan memang kegemaran aku, jadinya aku tak mahu sesiapa pun terluka kerananya atau sesiapa pun melukakannya. Makanlah dengan sopan,yang penting biar sambal itu berenang dengan tenang..ok?

No comments: