Friday, January 4, 2008

Cukup..

Esok adalah hari dia1, sehari sebelum hari orang-orang tak siuman bercinta sakan. Walaupun keletihan, masih cuba mencari jalan agar boleh berpusing-pusing dengan bibir senget sebelah bersama dia1. Tapi, aku tahu ianya macam tak mungkin berlaku, lantas tunduk melihat buku lali dengan keluhan sahajalah. Janji lama pun mana pernah terealisasi. Bertahun-tahun berlari ke sana ke mari, mana ada dapat hadiah sagu hati pun, inikan pula juara atau naib juara. Kasihan dia1, aku tahu dia1 kecewa. Tak terhitung aku berapa purnama tak bertukar jelingan dengan dia1. Entah dia1 masih ingat rupa aku atau tidak, tapi sebenarnya aku tahu dia1 ingat. Tahukah kau1 setakat mana hampa aku? Bukan separuh tapi penuh berisi, sampai melimpah-limpah, melekit-lekit dan menjijikkan mata yang merenung, sama tahap saja dengan memandang cermin putih tanpa nama comel tertera. Aku peduli apa mereka nak kata apa? Sedarkah kau1 di mana letaknya kau1 di sudut jiwa ini? Tinggi sekali sampai 50 juta tangga pun belum berjaya dicecahi. "Cinta", itulah "cinta" aku yang sebenar. Aku pasti tentang itu. Samakah dengan apa yang aku bebelkan kini? Belum pasti.

Hari ini tersedar sesuatu, kenapa begitu bodoh aku dan dia2? Tak pernah jelas hitam putih kisah berkasih. Kononnya sangat indah, jelasnya kotor berbau bangkai, mungkin lebih busuk lagi. Naif sangatkah? Perlukah menunding jari manis macam aku dan dia2 saja yang berkuasa, orang lain ditikam sesuka hati dari pelbagai sudut tanpa diberi ruang untuk batuk pun? Kesal bukan? Tidak, jangan salah faham..aku tidak kesal la!! Kau2 mana tahu semua ini, kau2 pandai mengomel saja. Tapi kau2 kena ingat satu perkara, kita tak boleh jadi diktator sebab tanah itu bukan tanah kita. Janganlah berlagak macam kita ratu dan raja. Kita pun tahu kita hina. Berhenti sajalah menipu diri kita, ianya meletihkan bukan? Mengaku sajalah "sayangku"!!!

Aku baru saja melabuhkan punggung sambil asap-asap di dalam hati berkumpul sesak di dada penuh harapan sia-sia. Rindukah? Amboi, pandai pula merindu siang-siang hari lagi, lengan pun masih belum bersinsing. Bukan rindulah gila! Malang sekali, terhentak pula dengan berita dongeng kau2 yang menyayat hati itu. Apa semua ini? Memang, memang aku pernah memberi pujian, malah aku masih lagi tersenyum sendiri mengingatkan bait-bait ayat kau2 yang sangat jujur tepat dari dalam. Adakah aku pura-pura saja atau memaksa diri macam kagum benar? Aku pun tak tahu. Aku ini memang bijak berpura-pura. Sudahla sepanjang jalan bersaksikan dia2, sangat sakit tahu? Keliru pun kata benci, suka pun kata hodoh, ludah pun kata sayang, apa ni?Cakap betul-betulla...kau3 mahu apa sebenarnya?Mana mungkin aku duduk sama taraf dengan kau3, aku berulitkan kain lembik yang hampir koyak saja sedang kau3 berkemilau cantik dengan sarung lembut. Gila sungguh gila. Aku tak mahu fikir lagi! Cukuplah setakat ini saja. Walaupun aku memang tidak bijak, tapi aku juga masih tahu untuk tidak memperbodohkan diri dengan wajah tenang.

Marilah, aku ambil tangan kau2 saja, kita jalan-jalan satu pekan, duduk rapat-rapat, kosongkan fikiran dan ketawa saja..boleh?Cakap sajalah boleh,baru kau2 tahu apa itu rasa puas hati. Tika itu nanti,untuk pertama kali kau2 duduk saja berhadapan dengan aku, teliti pelosok wajah ini, jelajah ke dalam mata aku dalam-dalam, tanya diri kau2 apa yang kau dapat? Tahu tidak aku sudah penat, peluh pun menitik-nitik sampai ke hujung ibu jari kaki. Tip tip tip..kau2 dengar bunyi itu? Dengar tak aku tanya? Hei, aku tanya kau2 lah bukan dia4!! Kau2 fikir aku bertenaga buaya kah? Mana mungkin!!

Tapi aku gembira juga kerana aku jumpa kau2, dia5, dia6 dan dia4. Semuanya sama cocok dan muat untuk dipaterikan dalam kotak yang aneh ini kecuali dia4. Kena ke kedai dahulu beli pembalut supaya tak rosak ditimpa hujan. Jiwa aku bukan jiwa berlampu-lampu, lip lap lip lap macam di kelab malam durjana, tapi yang suram dan berselindung di balik tabir. Maka, barulah rasa boleh menyikat rambut dengan selesa. Tak payah lagi susah-susah membasahkan seluruh rambut macam orang tak cukup akal setiap kali mahu menunaikan rutin harian. Ahhh, lega pula rasanya. Yeke lega? Jangan pura-puralah!! Siapa kata aku pura-pura? Akulah yang kata!! Kau diam-diam saja sudah! Kau tahukan aku mana peduli kau pun? Terima kasih, akhirnya kau tahu juga.

No comments: