Friday, January 4, 2008

Karangan sampah tak bersastera

Current mood: guilty

Bukankah sangat kejam bergelak tawa sehingga dinihari walhal tak tahu apa rasa orang itu pula ketika ini?Biarpun bermata lebam tak mengaku ditumbuk, masih merasa susah hati dan duka ketika bertukar lawak bodoh dan dihiburkan kawan sayang separuh mati pun,tetap jelas masih zalim dan berhati batu. Tak tahu apa patut dilakukan,cuba mengambil berat sudah,setiap haripun mendail punat bertanya kisah seperti selalu,menghantar seutas dua kata-kata melalui bekas hitam murah yang disambut acuh tak acuh juga sudah. Lantas berfikir tak mahu terus runsingkan, merujuk pada salah satu lirik lagu guns n roses yang sangat bernas,setiap orang mahukan ruang untuk diri sendiri buat seketika biarpun dalam masa sedih walau sahabat tetap sahabat. Jadinya, hati cadangkan agar harus tidak menganggu. Tapi layakkah terus tersenyum lebar, biarkan sahaja dia yang bengong itu menceriakan hati dengan mainan indah sehingga pejam mata mendengarnya lalu terbang rasa sayu begitu saja?Patutkah diri dihiburkan?Atau harus berkabung saja?Sendiri pun tak tahu. Tapi tetap juga bersyukur kerana makhluk kesayangan tak berguna itu sentiasa ada masa susah dan senang. Seumur hidup pun belum tentu jumpa objek aneh yang membuatkan masa suram macam tak wujud sama sekali pula. Kata orang, jangan dilayan rasa gelap. Perlukah mendengar kata orang-orang atau asuh saja rasa hati yang merasa teramat bersalah ini?Baru sejenak tadi ketika sibuk melihat aksi-aksi bintang pujaan teman sia-sia di taman hijau luas, berbunyi pula bekas murah itu berniat menyampaikan isi hati orang pada insan hina yang tak punya perasaan ini. Merasa ada air dikelopak mata apabila berfikir tentang keadaan manusia yang menekan butang send di sebalik sana itu. Berasa begitu hampa dengan diri sendiri apabila mata meratah bait-bait kata yang dengan jujur membayangkan tentang kesusahan menghadapi saat-saat sesudah lambaian terakhir. Tapi, tak tahu apa patut dilakukan. Tak pernah tahu. Haruskah berhenti ketawa, menutup kotak bodoh yang menghubungkan jari ke jari lantas humbam diri ke katil, berfikir dan rosakkan mata dengan kenangan? Perlukah begitu? Tidak! Tak mahu merasa menyesal lantas lemah dan melangkah kembali ke belakang. Ah!Serba salah. Hanya satu jalan akhir, angkat tangan, buka mulut dan berbicara degan Dia! Kerana yang pasti, keputusan yang dianggap pelik bagi kebanyakan batu-batu bersuara di sekeliling ini semuanya berteraskan kesedaran,bukannya perubahan pemikiran. Dia yang berikan kesedaran, Dia juga yang bukakan hati, dia juga yang cekalkan semangat, Dia juga yang berikan keberanian untuk pergi, lantas pada Dialah harus dibicarakan. Jika aku ini zalim,hina,keji atau kejam, ampunkan aku kerana aku sudah cuba buat yang terbaik untuk aku dan kau. "Kamu tahu apa yang baik untuk kamu"..walaupun dilafazkan oleh orang yang hampir sama saja tahap bodoh-bodoh alang dengan diri sendiri,tetap logik dan dipersetujui 100àMungkin hanya jauhari yang mengenal manikam, makanya hanya si bongok saja yang bersetuju dengan si bongok.Begitukah?Tatau tatau tatau!~

No comments: