Memangla aku lapar pun, tapi mana mungkin aku akan ambil sambal belacan kau. Aku pandai buat atau beli sendiri saja bila perut aku bernyanyi kuat. Kalau aku sudah terliur sangat pun, aku simpan dalam hati sajalah, aku tak akan doa kau beri aku sedikit sambal itu. Aku cuma mahu sambal itu selamat masuk ke dalam perut kau. Yang penting aku tak mahu sambal belacan itu tersalah mengalir ke dalam mulut yang tak sepatutnya. Sebab aku memang suka makan sambal belacan, jadi aku akan pastikan ianya selamat dijamah oleh orang lapar yang tepat. Janganlah gelojoh sangat telan sambal itu sebab nanti kau tercekik pula. Memanglah aku kesian juga dengan kau, tapi fikiran aku lebih kepada sambal itu. Kan aku dah kata, sambal belacan memang kegemaran aku, jadinya aku tak mahu sesiapa pun terluka kerananya atau sesiapa pun melukakannya. Makanlah dengan sopan,yang penting biar sambal itu berenang dengan tenang..ok?
Friday, January 4, 2008
Cukup..
Esok adalah hari dia1, sehari sebelum hari orang-orang tak siuman bercinta sakan. Walaupun keletihan, masih cuba mencari jalan agar boleh berpusing-pusing dengan bibir senget sebelah bersama dia1. Tapi, aku tahu ianya macam tak mungkin berlaku, lantas tunduk melihat buku lali dengan keluhan sahajalah. Janji lama pun mana pernah terealisasi. Bertahun-tahun berlari ke sana ke mari, mana ada dapat hadiah sagu hati pun, inikan pula juara atau naib juara. Kasihan dia1, aku tahu dia1 kecewa. Tak terhitung aku berapa purnama tak bertukar jelingan dengan dia1. Entah dia1 masih ingat rupa aku atau tidak, tapi sebenarnya aku tahu dia1 ingat. Tahukah kau1 setakat mana hampa aku? Bukan separuh tapi penuh berisi, sampai melimpah-limpah, melekit-lekit dan menjijikkan mata yang merenung, sama tahap saja dengan memandang cermin putih tanpa nama comel tertera. Aku peduli apa mereka nak kata apa? Sedarkah kau1 di mana letaknya kau1 di sudut jiwa ini? Tinggi sekali sampai 50 juta tangga pun belum berjaya dicecahi. "Cinta", itulah "cinta" aku yang sebenar. Aku pasti tentang itu. Samakah dengan apa yang aku bebelkan kini? Belum pasti.
Hari ini tersedar sesuatu, kenapa begitu bodoh aku dan dia2? Tak pernah jelas hitam putih kisah berkasih. Kononnya sangat indah, jelasnya kotor berbau bangkai, mungkin lebih busuk lagi. Naif sangatkah? Perlukah menunding jari manis macam aku dan dia2 saja yang berkuasa, orang lain ditikam sesuka hati dari pelbagai sudut tanpa diberi ruang untuk batuk pun? Kesal bukan? Tidak, jangan salah faham..aku tidak kesal la!! Kau2 mana tahu semua ini, kau2 pandai mengomel saja. Tapi kau2 kena ingat satu perkara, kita tak boleh jadi diktator sebab tanah itu bukan tanah kita. Janganlah berlagak macam kita ratu dan raja. Kita pun tahu kita hina. Berhenti sajalah menipu diri kita, ianya meletihkan bukan? Mengaku sajalah "sayangku"!!!
Aku baru saja melabuhkan punggung sambil asap-asap di dalam hati berkumpul sesak di dada penuh harapan sia-sia. Rindukah? Amboi, pandai pula merindu siang-siang hari lagi, lengan pun masih belum bersinsing. Bukan rindulah gila! Malang sekali, terhentak pula dengan berita dongeng kau2 yang menyayat hati itu. Apa semua ini? Memang, memang aku pernah memberi pujian, malah aku masih lagi tersenyum sendiri mengingatkan bait-bait ayat kau2 yang sangat jujur tepat dari dalam. Adakah aku pura-pura saja atau memaksa diri macam kagum benar? Aku pun tak tahu. Aku ini memang bijak berpura-pura. Sudahla sepanjang jalan bersaksikan dia2, sangat sakit tahu? Keliru pun kata benci, suka pun kata hodoh, ludah pun kata sayang, apa ni?Cakap betul-betulla...kau3 mahu apa sebenarnya?Mana mungkin aku duduk sama taraf dengan kau3, aku berulitkan kain lembik yang hampir koyak saja sedang kau3 berkemilau cantik dengan sarung lembut. Gila sungguh gila. Aku tak mahu fikir lagi! Cukuplah setakat ini saja. Walaupun aku memang tidak bijak, tapi aku juga masih tahu untuk tidak memperbodohkan diri dengan wajah tenang.
Marilah, aku ambil tangan kau2 saja, kita jalan-jalan satu pekan, duduk rapat-rapat, kosongkan fikiran dan ketawa saja..boleh?Cakap sajalah boleh,baru kau2 tahu apa itu rasa puas hati. Tika itu nanti,untuk pertama kali kau2 duduk saja berhadapan dengan aku, teliti pelosok wajah ini, jelajah ke dalam mata aku dalam-dalam, tanya diri kau2 apa yang kau dapat? Tahu tidak aku sudah penat, peluh pun menitik-nitik sampai ke hujung ibu jari kaki. Tip tip tip..kau2 dengar bunyi itu? Dengar tak aku tanya? Hei, aku tanya kau2 lah bukan dia4!! Kau2 fikir aku bertenaga buaya kah? Mana mungkin!!
Tapi aku gembira juga kerana aku jumpa kau2, dia5, dia6 dan dia4. Semuanya sama cocok dan muat untuk dipaterikan dalam kotak yang aneh ini kecuali dia4. Kena ke kedai dahulu beli pembalut supaya tak rosak ditimpa hujan. Jiwa aku bukan jiwa berlampu-lampu, lip lap lip lap macam di kelab malam durjana, tapi yang suram dan berselindung di balik tabir. Maka, barulah rasa boleh menyikat rambut dengan selesa. Tak payah lagi susah-susah membasahkan seluruh rambut macam orang tak cukup akal setiap kali mahu menunaikan rutin harian. Ahhh, lega pula rasanya. Yeke lega? Jangan pura-puralah!! Siapa kata aku pura-pura? Akulah yang kata!! Kau diam-diam saja sudah! Kau tahukan aku mana peduli kau pun? Terima kasih, akhirnya kau tahu juga.
Scary -----Women vs Women
Current mood: weird
It’s scary to accept the fact that woman is number 1 enemy for other women. Wonder why women keep complaining about man; who they claim use to discriminate them, when they themselves are not being fair towards their own gender.
Karangan sampah tak bersastera
Current mood: guilty
Bukankah sangat kejam bergelak tawa sehingga dinihari walhal tak tahu apa rasa orang itu pula ketika ini?Biarpun bermata lebam tak mengaku ditumbuk, masih merasa susah hati dan duka ketika bertukar lawak bodoh dan dihiburkan kawan sayang separuh mati pun,tetap jelas masih zalim dan berhati batu. Tak tahu apa patut dilakukan,cuba mengambil berat sudah,setiap haripun mendail punat bertanya kisah seperti selalu,menghantar seutas dua kata-kata melalui bekas hitam murah yang disambut acuh tak acuh juga sudah. Lantas berfikir tak mahu terus runsingkan, merujuk pada salah satu lirik lagu guns n roses yang sangat bernas,setiap orang mahukan ruang untuk diri sendiri buat seketika biarpun dalam masa sedih walau sahabat tetap sahabat. Jadinya, hati cadangkan agar harus tidak menganggu. Tapi layakkah terus tersenyum lebar, biarkan sahaja dia yang bengong itu menceriakan hati dengan mainan indah sehingga pejam mata mendengarnya lalu terbang rasa sayu begitu saja?Patutkah diri dihiburkan?Atau harus berkabung saja?Sendiri pun tak tahu. Tapi tetap juga bersyukur kerana makhluk kesayangan tak berguna itu sentiasa ada masa susah dan senang. Seumur hidup pun belum tentu jumpa objek aneh yang membuatkan masa suram macam tak wujud sama sekali pula. Kata orang, jangan dilayan rasa gelap. Perlukah mendengar kata orang-orang atau asuh saja rasa hati yang merasa teramat bersalah ini?Baru sejenak tadi ketika sibuk melihat aksi-aksi bintang pujaan teman sia-sia di taman hijau luas, berbunyi pula bekas murah itu berniat menyampaikan isi hati orang pada insan hina yang tak punya perasaan ini. Merasa ada air dikelopak mata apabila berfikir tentang keadaan manusia yang menekan butang send di sebalik sana itu. Berasa begitu hampa dengan diri sendiri apabila mata meratah bait-bait kata yang dengan jujur membayangkan tentang kesusahan menghadapi saat-saat sesudah lambaian terakhir. Tapi, tak tahu apa patut dilakukan. Tak pernah tahu. Haruskah berhenti ketawa, menutup kotak bodoh yang menghubungkan jari ke jari lantas humbam diri ke katil, berfikir dan rosakkan mata dengan kenangan? Perlukah begitu? Tidak! Tak mahu merasa menyesal lantas lemah dan melangkah kembali ke belakang. Ah!Serba salah. Hanya satu jalan akhir, angkat tangan, buka mulut dan berbicara degan Dia! Kerana yang pasti, keputusan yang dianggap pelik bagi kebanyakan batu-batu bersuara di sekeliling ini semuanya berteraskan kesedaran,bukannya perubahan pemikiran. Dia yang berikan kesedaran, Dia juga yang bukakan hati, dia juga yang cekalkan semangat, Dia juga yang berikan keberanian untuk pergi, lantas pada Dialah harus dibicarakan. Jika aku ini zalim,hina,keji atau kejam, ampunkan aku kerana aku sudah cuba buat yang terbaik untuk aku dan kau. "Kamu tahu apa yang baik untuk kamu"..walaupun dilafazkan oleh orang yang hampir sama saja tahap bodoh-bodoh alang dengan diri sendiri,tetap logik dan dipersetujui 100Ã Mungkin hanya jauhari yang mengenal manikam, makanya hanya si bongok saja yang bersetuju dengan si bongok.Begitukah?Tatau tatau tatau!~
...^^^^^...
Current mood: indescribable
Though things might not b d same as before, u know our frenship will never end,insyaAllah. Though it hurts so deep, we know everything in life is not permanent. We should thank God that we manage to settle it this way, that we can still smile n say nice supportive ending words to each other. No grudge,no revenge!..My salute goes to u! Thank u n sorry for everything. May all d memories remain!~
I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and I sympathize
And I'll never criticize all you've ever meant to my life
I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but good-bye
You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure I'm worthy of
Losing you is painful to me
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say good-bye
-GOODBYE by AIR SUPPLY-
Entahla...
Current mood: worried
Bermula dari beberapa bait kata-kata rambang, melarat kepada perbualan yang panjang lebar dan akhirnya bertukar sama sekali menjadi kisah-kisah menarik yang melekakan. Kenapa sampai begini jadinya? Tak tahu sama sekali bagaimana ingin menjawab persoalan ini, malah tak mahu langsung memikirkan jawapan yang pasti. Takut dengan realiti, ngeri dengan rasa sendiri,jijik?hina?indah?gembira?sedih?bersalah?tak peduli?Memilih untuk tidak berpaling ke belakang kerana percaya pada ketentuan Tuhan walau sangat jelas semuanya masih samar-samar dan mengelirukan. Mungkin pada akhirnya akan menghentak kepala sendiri,melahirkan luka dalam sehingga jatuh air mata darah. Namun, siapakah yang bersalah? Mungkin tiada siapa, mungkin salah sendiri, mungkin salah mereka atau mungkin salah dia, semuanya kabur. Perasaan yang bercampur aduk dan menyakitkan. Perasaan yang sama sekali belum pernah dialami mengundang rasa kaget dan khuatir yang teramat. Bimbang yang bukan-bukan, ternanti-nanti serta kesal sehingga ada suara aneh menyumbat telinga lantas menghasilkan satu ukiran yang panjang lebar di wajah dan kedamaian jiwa yang tak mampu digambarkan. 3 patah perkataan separuh muka pun bisa terbangkan rasa resah seharian. Apa ertinya? Hanyut dengan letupan bom yang lahir dari hati berbunga, semuanya tanpa paksa tapi nyata kelabu. Keduanya pun bertukar menjadi berbeza dengan rela hati. Berselindung di sebalik 5 abjad suci. Zahirnya kelihatan kotor dan terlarang tapi belum pasti. Entah sampai bila pun tak tahu. Terdiam!
I’ve lost interest towards almost anything, anyone.
lalalalala....I hate it when my phone ringing!I dun feel like talking to anyone....~